Goodall guna teknologi moden selamatkan planet

Goodall guna teknologi moden selamatkan planet

HONOLULU, 4 Sept – Terkenal dengan kehidupannya bersama cimpanzi di hutan Afrika yang liar dan mendedahkan ciri-ciri sebenar beruk tidak seperti sebelumnya, Jane Goodall kini menggunakan teknologi moden dalam misinya untuk menyelamatkan bumi.

Pada ada usia beliau 82 tahun, ahli primatologi Britain ini berkata dia mempunyai lebih banyak tenaga dari sebelumnya, terutamanya kerjanya bersama orang muda di seluruh dunia.

“Saya sememangnya mempunyai harapan untuk masa depan, meskipun saya berpendapat saya telah menyaksikan sebanyak yang dilihat oleh sesiapa pun tentang bahaya yang kita telah cemari pada bumi ini,” Goodall memberitahu pelawat di Kongres Pemuliharaan Dunia Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula jadi di Honolulu.

Jane Goodall memberikan taklimat pada International Union for Conservation of Nature World Conservation Congress di Honolulu, Hawaii, Jumaat lalu. – AFP
Jane Goodall memberikan taklimat pada International Union for Conservation of Nature World Conservation Congress di Honolulu, Hawaii, Jumaat lalu. – AFP

Goodall menjadi tersohor kerana mempelopori kajian ke atas tingkah laku cimpanzi dalam tahun 1960an. Dia adalah penyelidik pertama yang memberikan nama kepada beruk dan yang pertama diselidikinya menggunakan alat, satu kapasiti yang disangka hanya milik manusia.

Kini, Institusi Jane Goodall menggunakan gambaran satelit, pemetaan digital dan teknologi NASA untuk menggalakkan projek pemuliharaan besar-besaran di hutan-hutan Afrika. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA