Google bakal jawab dakwaan EU

Google bakal jawab dakwaan EU

SAN FRANCISCO, 21 Feb (AFP)  – Ketua eksekutif Google Sundar Pichai akan bertemu di Brussels pada minggu depan dengan pesuruhjaya persaingan Kesatuan Eropah Margrethe Vestager, kata sumber yang biasa dengan isu tersebut semalam.

Pegawai persaingan Eropah telah pun menyiasat syarikat teknologi AS itu bertahun-tahun lamanya atas dakwaan amalan monopolistik yang membabitkan bar gelintarnya, tetapi sebarang penyelesaian adalah sukar dicapai.

Tiga cadangan oleh Google untuk penyelesaian secara persahabatan telah pun ditolak.

Vestager pada tahun lalu menghantar satu “kenyataan bantahan”, berkata Google telah memindah lalu lintas daripada perkhidmatan pesaing seperti Kelkoo, yang beroperasi di beberapa negara Eropah, untuk menyokong perkhidmatan membeli-belahnya sendiri.

Google memberi respons pada akhir Ogos mengatakan hasil dapatan Brussels adalah “salah,” dan berdasarkan pada penilaian pasaran yang salah.

Sundar Pichai akan ke Brussel minggu depan bagi menyelesaikan dakwaan yang dilontarkan terhadap syarikat gergasi itu. – Reuters
Sundar Pichai akan ke Brussel minggu depan bagi menyelesaikan dakwaan yang dilontarkan terhadap syarikat gergasi itu. – Reuters

Jika tidak ada persetujuan dicapai, dan kumpulan didapati telah melanggar peraturan pecah amanah EU, ia mungkin menghadapi denda berjumlah berbilion dolar.

Selain daripada siasatan awal dalam bar gelintar Google, yang bermula pada lewat 2010, perkhidmatan persaingan Eropah membuka siasatan kedua pada April untuk memeriksa sistem operasi peranti Android kumpulan. Perisian ini, digunakan oleh pelbagai jenama, dipasang dalam lebih 80 peratus daripada telefon pintar dunia.

Pichai menjadi ketua pegawai eksekutif Google ketika penyusunan semula pada tahun lalu yang menubuhkan sebuah syarikat pegangan baru, Alphabet, sebagai syarikat induk Google.

Google kini menumpu pada perniagaan teras (aktiviti internet, Android, YouTube) sementara peranti perisian (kereta tanpa pemandu) kini diselia secara langsung oleh Alphabet.