Google bayar AS$185 juta cukai kepada Britain

Google bayar AS$185 juta cukai kepada Britain

LONDON, 25 Jan – Google telah bersetuju untuk membayar 130 juta pound (AS$185 milion) dalam cukai kepada Britain, sekaligus menerima kritikan daripada penggubal undang-undang pembangkang dan pekempen yang berkata angka ‘tidak masuk akal itu’ menjejas satu ‘perjanjian benar.’

Google, kini sebahagian daripada Alphabet Inc, telah menerima tekanan dalam beberapa tahun ini disebabkan amalannya yang menyalurkan kebanyakan keuntungan daripada pelanggan Eropah menerusi Ireland ke Bermuda, di mana ia tidak membayar cukai.

Pada 2013, syarikat itu menghadapi siasatan parlimen UK selepas satu siasatan Britain menunjukkan firma itu menggaji beratus jurujual di Britain meskipun berkata ia tidak mengadakan jualan di negara, dasar utama dalam pengaturan cukainya.

Google berkata pada lewat Jumaat jumlah 130 juta pound akan menyelesai satu siasatan oleh pihak berkuasa percukaian Britain, yang telah mencabar pulangan hasil cukai syarikat yang rendah untuk tahun-tahun sejak 2005. Ia berkata ia juga telah bersetuju dengan satu dasar di mana cukai pada masa depan akan dikira.

Perjanjian itu keluar tatkala kerajaan di seluruh dunia berusaha bertindak keras ke atas syarikat multinasional yang mengalih keuntungan ke luar negara untuk mengurangkan bil cukai mereka.

Pihak berkuasa persaingan EU telah menyiasat pengaturan yang digunakan oleh Amazon dan satu unit Fiat di Luxembourg, Apple di Ireland dan Starbucks di Belanda, dan mungkin memulakan siasatan baru. – Reuters

Gambar yang diambil pada 14 Januari 2016 menunjukkan tanda neon Google di ruang legar ibu pejabat kejuruteraan Kanada baru Google di Kitchener-Waterloo, Ontario. - Reuters
Gambar yang diambil pada 14 Januari 2016 menunjukkan tanda neon Google di ruang legar ibu pejabat kejuruteraan Kanada baru Google di Kitchener-Waterloo, Ontario. – Reuters