Google bentuk Alphabet, syarikat induk baru

Google bentuk Alphabet, syarikat induk baru

SAN FRANCISCO, 11 Ogos – Google mendedahkan satu kejutan iaitu penyusunan semula korporat semalam, pembentukan syarikat induk baru yang digelar Alphabet yang akan termasuklah unit pencarian Internet sebagai salah satu daripada beberapa entiti.

Ketua Eksekutif Google, Larry Page mengumumkan perubahan itu, sambil mengatakan berkata beliau akan memegang jawatan sama di Alphabet, syarikat pemegangan baru bagi usaha lebih baru syarikat gergasi teknologi ini seperti anggota penyelidikan X Lab, unit pelaburan Google Ventures dan operasi kesihatan dan sains.

Di unit pencarian Google, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ialah timbalan presiden pada masa ini, Sundar Pichai.

“Syarikat kami beroperasi dengan baik hari ini, tetapi kami berpendapat kami mampu menjadikan lebih bersih dan lebih bertanggung jawab. Dengan itu kami akan membentuk syarikat baru, dipanggil Alphabet. Saya benar-benar gembira mengurus Alphabet sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dengan bantuan rakan saya berkebolehan, Sergey, sebagai presiden,” kata satu kenyataan dari Page, pengasas bersama syarikat gergasi teknologi itu dengan Sergey Brin 11 tahun lalu.

Page berkata Alphabet adalah “kebanyakannya koleksi syarikat,” yang terbesar ialah Google.

Di bawah struktur baru, “Google lebih baru ini agak kecil, dengan syarikat-syarikat yang agak terkeluar dari produk utama internet, terkandung dalam Alphabet pula.”

Alphabet akan termasuk unit-unit yang menumpu pada sains kehidupan seperti kanta sentuh deria glukosa dan firma penyelidikan kesihatan, Calico, menurut Page lagi.

Google X yang mengendali penyelidikan ke atas kereta pandu sendiri dan Internet Balloon, akan juga unit berasingan.

“Alphabet adalah mengenai perniagaan yang menjadi maju menerusi pemimpin-pemimpin yang mantap dan kebebasan. Pada dasarnya, model kami ialah untuk mempunyai CEO yang mantap yang mengendali setiap perniagaan, dengan Sergey dan saya dalam perkhidmatan bagi mereka seperti yang diperlukan.”

Alphabet Inc. akan menggantikan Google Inc, sebagai entiti yang didagangkan secara terbuka, dan semua saham Google akan secara automatik ditukarkan kepada saham Alphabet, dengan kesemua hak-hak sama, kata Page.

Google akan menjadi anak syarikat yang sepenuhnya milik Alphabet. Unit Google akan termasuk pencarian dan iklan pencarian, peta, aplikasi, YouTube, Android dan infrastruktur teknikal berkaitan, menurut fail kawal atur. – AFP