Google bergabung dengan lima orchestra

Google bergabung dengan lima orchestra

NEW YORK, 16 Jun (AFP) – Google semalam bergabung dengan lima orkestra terkemuka dalam usaha untuk menarik lebih ramai pencinta muzik klasikal kepada muzik digital tatkala sektor streaming melambung.

Digelar Classical Live, inisiatif itu akan menawarkan rakaman eksklusif menerusi perkhidmatan Google Play syarikat Internet daripada orkestra termasuk New York Philhamonic dan Orkestra Simfoni London.

Juga terlibat adalah Orkestra Simfoni Boston, Orkestra Cleveland dan Orkestra Diraja Concertgebouw Amsterdam, dengan Google berharap dapat menjemput peserta seterusnya.

Penonton klasikal adalah lebih kecil dan lebih tua berbanding jumlah peminat untuk muzik pop tetapi juga menawarkan demografi yang lebih menguntungkan.

Sebagai tukaran, orkestra berusaha memulihkan penonton mereka dengan menggunakan teknologi baru.

Pengarah Urusan Orkestra Simfoni London, Kathryn McDowell berharap dapat memperluas dan menambah penonton untuk muzik klasikal, yang merupakan sinonim kepada cita-cita orkesta yang menawarkan muzik hebat kepada kumpulan orang ramai. – AFP
Pengarah Urusan Orkestra Simfoni London, Kathryn McDowell berharap dapat memperluas dan menambah penonton untuk muzik klasikal, yang merupakan sinonim kepada cita-cita orkesta yang menawarkan muzik hebat kepada kumpulan orang ramai. – AFP

Classical Live “berharap dapat memperluas dan menambah penonton untuk muzik klasikal, yang merupakan sinonim kepada cita-cita kami, menawarkan muzik yang hebat kepada kumpulan orang yang ramai,” kata Kathryn McDowell, pengarah urusan Orkestra Simfoni London.

McDowell mendapati kerja-kerja digital sebelumnya sering dimuat turun lagu demi lagu dan bukannya secara keseluruhan, di mana buktinya adalah dalam penonton yang terdiri daripada pendatang baru yang meninjau muzik klasikal.

“Jika anda melihat pada apa yang ada dalam senarai pelajar, ia akan termasuk pelbagai benda, disebabkan saya fikir cita rasa orang muda adalah jauh lebih eklektik daripada apa yang dijangkakan oleh kami,” beritahunya kepada AFP.

ARTIKEL YANG SAMA