Google bina aplikasi mesej baru

Google bina aplikasi mesej baru

WASHINGTON, 27 Dis – Google, sebahagian daripada Alphabet Inc, sedang membangunkan aplikasi mesej telefon baru untuk bersaing dengan perkhidmatan pesaingnya seperti yang ditawarkan oleh Facebook Inc, lapor The Wall Street Journal.

Perkhidmatan baru itu akan dimasukkan ke dalam kepandaian kecerdasan buatan Google, chatbots berintegrasi atau program perisian yang menjawab soalan, di dalam aplikasi mesej, lapor Journal itu baru-baru ini.

Aplikasi baru itu akan membolehkan para penggunanya untuk mesej rakan atau chatbot, yang akan mencari dalam web dan sumber lain bagi mendapatkan maklumat untuk menjawab soalan.

Ia adalah tidak jelas bila perkhidmatan itu akan dilancarkan atau apa ia akan dinamakan, menurut laporan tersebut.

Google enggan untuk memberi komen.

Aplikasi mesej popular termasuk perkhidmatan WhatsApp dan Messenger dari Facebook, dan WeChat dari Tencent Holdings Ltd’s sementara Google mempunyai perkhidmatan digelar Hangouts. – dpa