Google buang aplikasi Taliban ‘Alemarah’

Google buang aplikasi Taliban ‘Alemarah’

KABUL, 5 April (AFP) – Google membuang aplikasi telefon pintar Taliban dari kedai dalam taliannya, menurut gergasi internet Amerika Syarikat (AS) itu semalam, dalam usaha mengekang usaha kumpulan militan Afghanistan itu meningkatkan kehadirannya.

Taliban menyertai dunia aplikasi telefon pintar Jumaat lalu menerusi aplikasi bahasa Pashto digelar ‘Alemarah’, memberi capaian kepada kenyataan dan video propaganda kumpulan itu.

Kempen digital itu, kali pertama dilaporkan SITE Intelligence Group berpusat di AS, menambah kepada kehadiran media sosial mantap Taliban dan laman web dengan lima bahasa termasuk bahasa Inggeris.

Namun tidak sampai sehari selepas pelancaran itu, aplikasi terbabit tidak boleh dimuat turun dari Google Play Store. Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid gagal dihubungi untuk mengulas semalam.

Taliban menyertai dunia aplikasi telefon pintar Jumaat lalu menerusi aplikasi bahasa Pashto digelar ‘Alemarah’. Namun tidak sampai sehari selepas pelancaran itu, aplikasi terbabit tidak boleh dimuat turun dari Google Play Store. – AFP
Taliban menyertai dunia aplikasi telefon pintar Jumaat lalu menerusi aplikasi bahasa Pashto digelar ‘Alemarah’. Namun tidak sampai sehari selepas pelancaran itu, aplikasi terbabit tidak boleh dimuat turun dari Google Play Store. – AFP

Beliau memberitahu AFP kelmarin bahawa ‘jabatan teknologi’ kumpulan militan itu berusaha menghasilkan versi bahasa Parsi aplikasi itu. Pernah dilihat sebagai militan tanpa pendidikan, Taliban kini berjaya membangunkan pasukan perhubungan awam pakar media yang menggunakan teknologi digital untuk sampai kepada penonton di seluruh dunia.

Ketika Taliban memerintah Afghanistan antara 1996 dan 2001, hampir semua produk elektronik diharamkan yang dianggap sebagai tidak Islamik. Gambar-gambar benda hidup adalah menyalahi undang-undang dan pemilikan pemain video yang boleh membawa kepada sebatan awam.

Tetapi Taliban telah menyukai komunikasi elektronik dan media sosial pada tahun-tahun kebelakangan ini sebagai alat pengambilan anggota dan mempromosikan propaganda mereka.

Walau bagaimanapun usaha mereka suram berbanding dengan kumpulan Islamic State (IS) yang aktif mengeksploitasi media sosial untuk menarik beribu-ribu pejuang asing ke Syria dan Iraq serta sedang cuba memasuki ke Afghanistan.