Google cabar Apple, dedah Android Pay

Google cabar Apple, dedah Android Pay

SAN FRANCISCO, 29 Mei (AFP) – Google semalam mendedahkan sistem bayar dengan telefon bagi peranti Android, telah meningkatkan cabarannya ke atas Apple dari segi pembayaran telefon bimbit.

Android Pay, didedahkan semasa sidang pemaju Google di San Francisco, menyatukan bersama pereka telefon bimbit, rangkaian pembayaran, bank-bank dan peruncit untuk membolehkan para pengguna telefon bimbit menggunakan telefon mereka daripada kad pembayaran.

Naib presiden jurutera Google, Dave Burke mengatakan Android Pay akan bekerjasama dengan lebih 700,000 outlet peruncit AS yang menerima pembayaran tanpa sentuhan.

“Kami masih lagi dalam permulaan bagi satu perjalanan menyeronokkan, kami sedang bekerjasama rapat dengan rangkaian pembayaran, bank-bank dan pemaju,” katanya.

Serupa dengan sistem Apple Pay yang didedahkan tahun lepas, Android Pay akan membolehkan para pengguna untuk menyimpan maklumat kad kredit dalam telefon mereka bersama dengan kad loyalty dan data lain.

Android Pay ketika ditunjuk cara semasa persidangan dan pameran Google I/O di San Francisco, California yang berlangsung sehingga 29 Mei. – AFP
Android Pay ketika ditunjuk cara semasa persidangan dan pameran Google I/O di San Francisco, California yang berlangsung sehingga 29 Mei. – AFP

Bagi keselamatan tambahan, Android Pay akan menghasilkan ‘token’ satu kali atau nombor akaun maya oleh itu data kad kredit sebenar tidak akan didedahkan dalam transaksi.

“Para pengguna dengan mudahnya dan selamat menggunakan telefon Android untuk membayar di gedung-gedung yang anda lihat logo Android Pay,” kata Burke.

“Kami menumpukan pada kesederhanaan, keselamatan dan pilihan.”

Google mengatakan pada Februari ia akan bekerjasama dengan firma pembayaran telefon bimbit Softcard untuk meningkatkan usahanya dalam sektor berkembang itu.

ARTIKEL YANG SAMA