Google dedah kereta pandu sendiri

Google dedah kereta pandu sendiri

SAN FRANCISCO, 13 Jan (AFP) – Google berkata semalam sementara kereta pandu sendiri telah dipandu dengan selamat lebih daripada satu juta batu, ada kalanya timbul masa apabila manusia perlu mengambil alih untuk mengelak daripada terlanggar.

Sistem ‘anomali’ menyebabkan pemandu memandu 272 kali dalam ujian kereta California dalam tempoh 14 bulan sehingga Disember, kata Google dalam satu laporan kepada Jabatan Kenderaan Motor California.

Tempoh ujian melihat kereta berjalan lebih daripada 420,000 batu di seluruh negeri. Terdapat 69 kali lagi apabila pemanda mengambil alih daripada sistem automatik berdasarkan pertimbangan mereka sendiri,menurut laporan.

Punca paling lazim untuk campur tangan berlaku adalah apabila teknologi tidak memahami situasi dunia sebenar, kata laporan. Google seterusnya memain situasi berkenaan di simulator untuk mendedahkan sama ada kenderaan akan melanggar sesuatu sekiranya manusia tidak mengambil alih, menurut Chris Urmson, ketua kumpulan kereta pandu sendiri syarikat Internet itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Projek kereta pandu sendiri, Google, John Krafcik bercakap di Kongres Berita Automotive Dunia di Detroit, Michigan. – AFP
Ketua Pegawai Eksekutif Projek kereta pandu sendiri, Google, John Krafcik bercakap di Kongres Berita Automotive Dunia di Detroit, Michigan. – AFP

Simulasi menentukan 13 daripada 69 ‘pengunduran yang dimulakan oleh pemandu’ akan membawa kepada perlanggaran jika kereta dipandu, kata laporan. Dua daripada kejadian membabitkan kon lalu lintas dan tiga dipersalahkan ke atas pemanduan cuai oleh seseorang dalam kenderaan lain.

Lapan daripada kemalangan yang hampir-hampir berlaku berlaku sepanjang 53,000 batu yang dikunjung di California pada 2014, sementara hanya lima yang berlaku ketika kereta mencatat 370,000 batu ketika tempoh percubaan pada 2015, menurut Urmson.

ARTIKEL YANG SAMA