Google diberi tempoh hingga akhir Ogos ini

Google diberi tempoh hingga akhir Ogos ini

BRUSSELS, 14 Ogos (AFP) – Brussels telah memberikan Google satu pelanjutan sehingga akhir Ogos untuk menyelesaikan kes pecah amanah yang mendakwa ia menyalahgunakan penguasaan pasaran bar gelintar, menurut jurucakap syarikat semalam.

Pelanjutan selama dua minggu itu merupakan yang ketiga diberikan kepada syarikat teknikal California.

Firma Amerika Syarikat pada mulanya mempunyai 10 minggu selepas Suruhanjaya Eropah mengemukakan kes tersebut pada pertengahan April untuk memberi respon tetapi satu pelanjutan diberikan sehingga 17 Ogos ekoran satu permintaan daripada syarikat.

“Suruhanjaya sekarang telah melanjutkannya kepada 31 Ogos,” kata jurucakap syarikat.

Google menyumbang kepada 90 peratus daripada pasaran pencarian dalam talian di Eropah.

Kes EU menumpu pada aduan mengatakan penggunaan produk membeli-belah Google sendiri dalam bar gelintarnya mungkin menjejas pengguna dan pesaing.

EU bimbang pesaing runcit Google seperti portal perjalanan TripAdvisor atau laman kajian perniagaan Yelp mungkin disingkirkan akibat penguasaan Google.

Syarikat itu mungkin menghadapi denda besar jika didapati tersabit, sebanyak 10 peratus daripada kadar pusing gantinya berjumlah $66 bilion di seluruh dunia pada tahun lalu.