Google mantapkan kawalan privasi

Google mantapkan kawalan privasi

SAN FRANCISCO, 2 Jun (AFP) – Google semalam telah memudahkan mereka yang menggunakan perkhidmatan online popularnya untuk mengurus privasi, dalam langkah bertujuan mengukuhkan kepercayaan.

“Setiap hari, kita membuat pilihan yang menjejaskan privasi kita dan keselamatan di online,” pengurus Google bagi kawalan akaun dan produk penetapan, Guemmy Kim berkata dalam blog.

“Bagaimanapun kebanyakan orang tidak merasakan mereka mempunyai tahap betul kawalan untuk membuat keputusan penting ini.”

Syarikat gergasi Internet yang beribu pejabat di California ini mengumumkan pada persidangan para pemajunya di sini minggu lalu bahawa orang ramai akan lebih dapat mengawal maklumat mereka dalam generasi akan datang perisian Android bagi alat peranti.

Sebelum dikeluarkan, dijangkakan lewat tahun ini, Google semalam telah mengumumkan pusat kawalan penetapan baru “My Account” bersama-sama laman sesawang yang mengukuhkan lagi jawapan kepada soalan tentang privasi dan keselamatan dalam produk atau perkhidmatannya.

Google mahu memastikan para pengguna bahawa iklan atas taliannya tidak melanggar privasi. – AFP
Google mahu memastikan para pengguna bahawa iklan atas taliannya tidak melanggar privasi. – AFP

“Kami juga menjelaskan bagaimana kami menunjukkan iklan berkaitan tanpa menjual maklumat peribadi anda, bagaimana penyulitan dan bantuan penapisan gangguan perhubungan dalam internet menyelamatkan data anda, dan bagaimana maklumat anda membantu mengatur pengalaman anda di Google,” kata Kim lagi.

My Account memaparkan ‘pemeriksaan privasi’ yang membawa orang melalui penetapan perkongsian maklumat dan keselamatan, menurut Goggle.

Langkah itu dibuat ketika Google berusaha meyakinkan para pengguna bahawa ia tidak menyalahgunakan privasi orang untuk sasaran iklan lebih baik di online yang menjadi penggerak keuntungannya.

ARTIKEL YANG SAMA