Google perkenal peranti baru

Google perkenal peranti baru

SAN FRANCISCO, 5 Okt – Google mengikut saingan-saingannya, Apple, Samsung dan Amazon untuk memperkenalkan perkakasan baru semalam, dengan melancarkan telefon pintar Pixel pada harga tinggi dan beberapa peranti lain yang memperlihatkan kehandalan Kecerdasan Buatan (AI).

Pendedahan telefon rekaan Google mengambil tempat sebagai sebahagian dari langkah perluasan perkakasan oleh syarikat AS itu, yang juga mendedahkan butiran tentang ‘pembantu rumah’ barunya, iaitu fon kepala hampir realiti dan sistem router Wi-Fi.

Pelancaran di San Francisco itu menandakan peralihan dalam strategik bagi Google, yang telah mengambil usaha besar untuk menjadikan Google Assistant kekuatan futuristik AI dengan semua jenis peranti berkaitan Internet.

“Kami berkembang dari telefon bergerak pertama dunia hingga AI pertama dunia,” kata Ketua eksekutif Google Sundar Pihai.

“Matlamat kami ialah untuk membina Google peribadi bagi setiap pengguna.”

Google bergerak ke hadapan dengan memperkenalkan perkakasan peranti baru Wifi, Chromecast, Home dan telefon pintar pada sidang media di San Francisco, California pada 4 Oktober. – AFP
Google bergerak ke hadapan dengan memperkenalkan perkakasan peranti baru Wifi, Chromecast, Home dan telefon pintar pada sidang media di San Francisco, California pada 4 Oktober. – AFP

Rick Osterloh, ketua divisyen perisian baru di syarikat gergasi Internet beribu pejabat di California, menambah kata “Kami percaya inovasi besar seterusnya akan berlaku pada persimpangan perkakasan dan perisian, dengan tumpuan pada AI.”

Pixel boleh diperolehi dengan paparan lima atau 5.5 inci, bermula pada harga $649 bagi pelanggan-pelanggan AS, serupa dengan model-model terbaharu iPhone. Tempahan awal bermula semalam di Australia, Kanada, Jerman, Britain dan AS.

Dengan menggunakan namanya sendiri pada produk telefon, Google juga berhasrat untuk menjadi sebahagian besar daripada persaingan pasaran telefon pintar, yang didominasi oleh Samsung dan Apple.

Sehingga kini peranti kebanggaan Google telah menggunakan jenama Nexus dengan rakan perkakasan yang termasuklah Huawei, China dan LG Korea Selatan.

Kumpulan California juga berusaha memperluaskan pasaran telefon pintarnya dengan membeli Motorola pada tahun 2011, tetapi menjual unit itu kurang tiga tahun kemudian.

Tidak seperti gabungan telefon pintar lalu, Google menekankan bahawa ia telah menyelesaikan kawalan ke atas Pixel dari permulaan hingga penghabisan, dengan memeterai perjanjian dengan HTC dari Taiwan, untuk mengeluarkan telefon pintar.

“Google hari ini, menunjukkan bahawa ia akhirnya serius tentang perkakasan,” kata Jan Dawson di Jackdaw Research.

“Telefon-telefon Pixel dengan jelas telah ditempatkan sebagai rakan setanding iPhone.”

Telefon Pixel baru itu adalah ‘telefon pertama yang dibuat oleh Google dalam dan di luar,” kata Sabrina Ellis dari pasukan pengurusan produk Pixel. – AFP