Google perkenalkan router WiFi OnHub

Google perkenalkan router WiFi OnHub

SAN FRANCISCO, 19 Ogos – Google semalam memperkenalkan router WiFi dengan harapan ia akan menambah kemudahan dan kelajuan selaras kehendak orang ramai yang semakin amat memerlukan telefon pintar dan tablet, termasuk ketika berada di rumah.

Syarikat gergasi Internet itu mendedahkan OnHub, yang merupakan projek perkongsian dengan pengeluar produk rangkaian TP-LINK, sebagai “jenis router yang berbeza bagi cara baru kepada WiFi.”

“Daripada pening kepala dan sambungan yang kadang-kadang baik, OnHub memberikan anda WiFi yang laju, terjamin dan mudah digunakan,” menurut Google dalam blognya.

OnHub, berharga AS$200 bagi pesanan awal secara dalam talian di Amerika Syarikat, adalah kecil dan silinder, manakala para pengguna boleh menyambungkannya pada iPhone, Apple atau peranti Android syarikatnya sendiri.

Peranti tersebut dijangka berada di pasaran di AS dan Kanada dalam beberapa minggu akan datang.

Peranti router WiFi OnHub adalah hasil projek usaha sama Google dengan pengeluar produk rangkaian TP-LINK.
Peranti router WiFi OnHub adalah hasil projek usaha sama Google dengan pengeluar produk rangkaian TP-LINK.

Router rumah tersebut bukan sahaja membolehkan para pengguna mengutamakan peranti yang mana satu mendapat kelajuan sambungan terpantas.

Peranti pintar – dari pengatur sistem penyejukan dan pemanasan hinggalah kecemasan keselamatan – adalah perniagaan yang pesat berkembang.

Tahun lalu Google telah membeli Nest dengan nilai lebih AS$3 bilion. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA