Google Play Music dilancar di Jepun

Google Play Music dilancar di Jepun

TOKYO, 4 Sept (AFP) – Google telah melancarkan perkhidmatan streaming muzik di Jepun, yang menjadi syarikat teknologi terbaru menembusi pasaran muzik nombor dua di dunia, meskipun keputusan bercampur baur dalam kalangan peneraju lebih awal sebelum itu.

Syarikat Amerika Syarikat (AS) itu berkata edisi Jepun Google Play Music memaparkan lebih daripada 35 juta lagu yang ditawarkan pada kos 980 yen sebulan.

Pelancaran itu, diumumkan semalam, diadakan selepas perkhidmatan yang sama dilancarkan di Jepun pada tahun ini oleh Apple, aplikasi mesej popular Line, dan satu usaha sama oleh firma IT CyberAgent dan syarikat muzik Jepun Avex Group.

Jepun merupakan pasaran muzik kedua terbesar di dunia, dianggarkan bernilai $2.6 bilion pada 2014, selepas pasaran AS bernilai $4.8 bilion, menurut Persatuan Industri Rakaman Jepun.

Namun media pakej seperti CD menyumbang kepada kira-kira 80 peratus daripada jualan muzik Jepun, bercanggahan dengan pasaran AS di mana muat turun digital semakin meningkat.

Banyak syarikat penerbitan Jepun telah menumpu pada saluran runcit terkenal untuk CD, sementara isu mengenai perlesenan turut menghambat pertumbuhan dalam perniagaan streaming.

Sony dan syarikat permainan Jepun DeNA telah membatalkan perkhidmatan streaming muzik mereka dalam beberapa tahun ini.

Beberapa pakar industri juga menyalahkan perkhidmatan online percuma seperti YouTube kerana menggalak pengguna daripada membayar untuk muzik digital.

Syarikat streaming global Spotify masih belum menembusi pasaran Jepun, sebahagiannya disebabkan rundingan berlarutan dengan syarikat rakaman.

ARTIKEL YANG SAMA