Google tambah 20 bahasa terjemahan

Google tambah 20 bahasa terjemahan

SAN FRANCISCO, 30 Julai (AFP) – Google mengumumkan kelmarin ia menambah 20 bahasa baru untuk aplikasi terjemahan mudah alihnya yang membaca teks dan menukarkannya kepada bahasa lain.

Aplikasi telefon pintar itu sekarang boleh membaca 27 bahasa dan secara terus menukar teks tersebut tanpa sambungan internet, menurut teknologi gergasi itu.

Google juga menyatakan ia telah menjadikan terjemahan suara “laju dan lamcar” dalam aplikasi Terjemahan itu, yang boleh menginterpretasikan tanda jalan, senarai bahan-bahan, arahan manual dan lain-lain teks.

Terjemahan teks masa sebenar bermula dengan tujuh bahasa iaitu Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Portugis, Rusia dan Sepanyol.

Sementara yang terbaru ini menambah bahasa Bulgaria, Catalan, Croatia, Czech, Denmark, Belanda, Finland, Hungary, Indonesia, Lithuania, Norway, Poland, Romania, Slovakia, Sweden, Turki dan Ukraine.

Aplikasi terjemahan Google dicuba melalui screenshot telefon pintar. - Reuters
Aplikasi terjemahan Google dicuba melalui screenshot telefon pintar. – Reuters

Selain itu, terjemahan satu hala juga tersedia dari bahasa Inggeris kepada bahasa Hindi dan Thailand.

Mod terjemahan gambar Google, yang memerlukan penggambaran teks, boleh memproses dalam 37 bahasa.

Kumpulan California mengatakan fungsi terbaru itu datang daripada kajian ekstensif untuk membangunkan “rangkaian konvolusi saraf,” atau menggunakan kepintaran buatan untuk mengenali huruf-huruf dan perkataan dan menapis keluar latar belakang.

“Banyak lagi yang kami perlu lakukan,” kata ketua produk Barak Turovsky.

“Lebih daripada separuh kandungan dalam Internet dalam bahasa Inggeris, tetapi hanya kira-kira 20 peratus populasi di seluruh dunia bercakap bahasa Inggeris.

“Kemas kini hari ini merobohkan beberapa lagi halangan bahasa, menolong anda untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan mendapatkan informasi yang diperlukan.”