Google terima sokongan pemegang saham

Google terima sokongan pemegang saham

SAN FRANCISCO, 4 Jun (AFP) – Para pemegang saham Google semalam menyokong laluan yang ditetapkan oleh syarikat gergasi Internet itu, yang menolak cadangan untuk mencairkan struktur kuasanya dan meneliti pelaburan dalam tenaga yang boleh diperbaharui.

Pengundian pada mesyuarat para pemegang saham syarikat beribu pejabat di California ini berakhir dengan pilihan anggota lembaga yang dilantik dan laluan cadangan syarikat itu untuk menambah bilangan berpotensi saham-saham kelas C yang dikeluarkan.

Cadangan-cadangan pelabur yang di bantah oleh lembaga dan dipatahkan oleh para pemegang saham termasuklah mengatur semula kuasa perkongsian pengundian untuk memecahkan genggaman ke atas kawalan yang dipegang oleh pengasas-pengasas bersama Google, Larry Page dan Sergey Brin berserta pengerusi Eric Schmidt.

Dua cadangan pemegang saham yang gagal menggesa supaya Google menumpu lebih pada sama ada melabur dalam tenaga yang boleh diperbaharui semula adalah baik bagi keuntungan daripada sama ada ia membantu bumi.

Sesi soal jawab diadakan selepas pengundian didahului oleh aktivis sivil terkenal, Rev Jessie Jackson yang memuji usaha Google untuk menambah kepelbagaian tempat kerja dan menggesa mereka untuk berusaha mewujudkan ‘kesamaan keutamaan dari agenda industri teknologi.”

“Syarikat itu tidak boleh nampak seperti gunung diselubungi salji: putih di atas dan hitam dan coklat di bawah,” kata Jackson dalam pertukaran pendapat dengan Page dan ketua pegawai undang-undang Google, David Drummond.

“Tiba masanya untuk memikirkan yang besar ; memikirkan dengan bijak.”

Jakson menyeru Google menghantar balik keuntungan yang disimpan di luar negara bagi alasan cukai dan untuk menggunakan wang tunai bagi program pelbagai yang bertujuan mewujudkan “Silicon Valley nampak seperti Amerika.”

“Memastikan perniagaan kita nampak cara negara kita, dunia kita, penampilan adalah perkara paling penting untuk dilakukan,” kata Drummond, seorang berketurunan Amerika Afrika.

“Ini adalah perjuangan panjang dan kita tahu kita mesti bekerja keras.”

ARTIKEL YANG SAMA