Google-Twitter umum kongsi tweet

Google-Twitter umum kongsi tweet

SAN FRANCISCO, 23 Ogos (AFP) – Google dan Twitter mengumumkan perkongsian tweet mereka dalam keputusan mencari Internet telah pun dilanjutkan kepada komputer.

Pengesahan itu dibuat dalam tweet yang dihantar di antara kedua-dua firma teknologi Amerika Syarikat itu.

Kedua-dua firma bersetuju pada Mei untuk menyiarkan tweet dalam keputusan peranti carian Google, dan perkara yang sama akan digunakan dalam komputer kemudian.

Kedua-dua firma mempunyai pengaturan yang sama pada 2009, tetapi tweet lenyap daripada keputusan mencari Google pada 2011.

Gabungan itu boleh membantu merangsang pembabitan di Twitter, yang telah melihat pertumbuhan meleset berbanding dengan rangkaian sosial lain.

Kedua-dua syarikat berkenaan mencapai persetujuan pada Mei untuk menyiarkan tweet dalam keputusan peranti carian Google dan perkara yang sama akan digunakan dalam komputer kemudian.
Kedua-dua syarikat berkenaan mencapai persetujuan pada Mei untuk menyiarkan tweet dalam keputusan peranti carian Google dan perkara yang sama akan digunakan dalam komputer kemudian.

Ia juga membawa isi kandungan dan komentar baru daripada Twitter kepada pertanyaan mencari Google.

“Ia adalah cara yang hebat untuk mendapatkan maklumat masa nyata apabila sesuatu berlaku,” kata Ardan Arac daripada Google apabila perjanjian diumumkan pada Mei.

Dalam satu pengemaskinian pada Jumaat, Arac berkata, “Kami telah melanjutkannya kepada komputer meja sekarang dan dalam bahasa Inggeris.”

ARTIKEL YANG SAMA