Gorila kini di ambang kepupusan

Gorila kini di ambang kepupusan

HONOLULU, 5 Sept – Gorila-gorila terbesar dunia hampir pupus akibat meningkatnya pemburuan haram di Republik Demokratik Congo, dan kini amat terancam, menurut para pegawai semalam.

Dengan hanya 5,000 ekor gorila Timur (Goriila Beringei) masih wujud di bumi, spesis hebat ini kini berdepan risiko kepupusan sama sekali, para pegawai berkata pada persidangan sejagat Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Semula Jadi (IUCN) di Honolulu.

Empat dari enam monyet besar bumi ini kini amat terancam, ‘hanya selangkah lagi hampir pupus,” termasuklah Gorila Timur, Gorila Barat, Orangutan Borneo dan Orangutan Sumatra, menurut IUCN dalam kemas kini senarai Red List, inventori spesis tumbuhan dan binatang paling menyeluruh di dunia.

Cimpanzi dan bonobos disenaraikan sebagai terancam. Peperangan, pemburuan dan kehilangan tanah kepada pelarian dalam tempoh 20 tahun lalu membawa kepada ‘pengurangan teruk spesis itu pada lebih 70 peratus,” bagi gerila Timur, menurut kemas kini IUCN.

Gambar fail bertarikh 30 November 2007 menunjukkan reaksi seekor gorila di Taman Negara Volcanoes di Ruhengeri, Rwanda. – AP
Gambar fail bertarikh 30 November 2007 menunjukkan reaksi seekor gorila di Taman Negara Volcanoes di Ruhengeri, Rwanda. – AP

Salah satu daripada dua spesis kecil Gorila Timur, dikenali sebagai Gorila Grauer’s (G.b graueri) secara drastik menurun sejak 1994 apabila terdapat 16,900 ekor kepada hanya 3,800 pada tahun 2015.

Meskipun pembunuhan monyet besar ini menyalahi undang-undang, pemburuan adalah ancaman terbesar mereka, menurut pakar-pakar. Spesis kecil kedua gorila Timur – Gorila Mountain (G.b. beringei) telah menyaksikan peningkatan sedikit dalam bilangan mereka dengan jumlah kira-kira 880 ekor.

Sebilangan orang memburu gorila untuk mendapatkan dagingnya, manakala kegiatan seperti perlombongan dan penghasilan arang dan penempatan manusia juga mencerobohi habitat gorila. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA