Gotong-royong bersih kawasan perumahan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt – Bagi memastikan kebersihan dan keselamatan kawasan kampung, kempen kebersihan dan memotong rumput telah diadakan di Jalan 262, Perumahan Negara Perpindahan Lambak Kanan, baru-baru ini.

Kempen yang dipimpin oleh Awang Rosli bin Harun itu juga diadakan untuk memupuk semangat kerja berpasukan sesama penduduk kampung sambil mengeratkan hubungan tali silaturahim di kalangan penduduk sekitarnya.

Hadir sama dalam menyokong aktiviti yang juga diambil kira sebagai aktiviti kecergasan itu ialah Ketua Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Awang Basri bin Abu Bakar.

Gambar ramai penduduk kampung yang menyertai kempen kebersihan itu.