Gotong-royong bersih kubur

Gotong-royong bersih kubur

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Seramai 17 orang anggota Balai Polis Muara bersama tujuh orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Mentiri, hari ini, telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Mentiri.

Mengetuai rombongan anggota Balai Polis Muara itu ialah Pegawai Menguasa Balai Polis Muara, Ketua Inspektor, Pengiran Haji Khairul Anuar bin Pengiran Haji Salleh dan Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Muara, Inspektor Nuradiba binti Mohammad.

Hadir sama ialah Ketua Kampung Mentiri, Haji Bujang bin Sabtu.

Sebaik sahaja selesai aktiviti membersihkan tanah perkuburan kira-kira pukul 10 pagi, tahlil dan doa arwah turut dibacakan bagi anggota polis yang telah kembali ke rahmatullah.

Gambar ramai anggota polis dan ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Mentiri selepas bergotong-royong membersihkan kubur.
Gambar ramai anggota polis dan ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Mentiri selepas bergotong-royong membersihkan kubur.

ARTIKEL YANG SAMA