Gotong-royong bersih masjid di awal tahun Masihi 2016

Gotong-royong bersih masjid di awal tahun Masihi 2016

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Jawatankuasa Takmir Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (PSBSOAS), Kampung Katimahar telah mengadakan kempen kebersihan selepas solat fardu Subuh berjemaah hari ini.

Majlis berkenaan diadakan bersempena dengan awal tahun Masihi 2016 dan mengambil peluang untuk
mengimarahkan masjid dengan kempen kebersihan yang bermanfaat baik dalam aspek dalaman mahu pun landskap dan luaran masjid berkenaan.

Menurut penganjur, majlis bertujuan untuk memastikan keadaan masjid terjamin daripada aspek kebersihan bagi keselesaan para jemaah dan memupuk semangat kemasyarakatan melalui acara bergotong-royong.

Jemaah wanita bergotong-royong membersihkan taman di luar masjid berkenaan.
Jemaah wanita bergotong-royong membersihkan taman di luar masjid berkenaan.

pg07_160104_e

Selain daripada itu, majlis berkenaan merupakan program yang sering diadakan pada acara-acara signifikan dan melibatkan kira-kira 30 orang jemaah lelaki dan perempuan.

Melalui majlis itu juga, para jemaah berkesempatan untuk mengukuhkan talian silaturahim, sekali gus beramah-mesra dengan ahli-ahli jawatankuasa masjid.

ARTIKEL YANG SAMA