Gotong-royong bersih Masjid Kg Masin

Gotong-royong bersih Masjid Kg Masin

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Sempena Sambutan Maal Hijrah, Jabatan Hal Ehwal Masjid menganjurkan kempen kebersihan di Masjid Kampung Masin, hari ini.

Kempen merupakan salah satu usaha untuk memakmurkan masjid di samping memupuk dan menanam sikap cintakan keindahan dan kebersihan masjid. Ia juga menyemai semangat bergotong-royong dan bekerjasama antara pegawai masjid, ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, Muslimah masjid, para pelajar kelas Al-Quran di masjid itu dan juga jemaah masjid serta penduduk sekitarnya.

Hadir mengetuai kempen kebersihan masjid itu ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Mohd Zaid Zaqwan bin Mohd Said dan Ketua Kampung Masin, Awang Moksin bin Haji Khamis.

Para belia muda turut sama-sama membersihkan kawasan luar masjid.
Para belia muda turut sama-sama membersihkan kawasan luar masjid.

ARTIKEL YANG SAMA