Gotong-royong bersih sekitar kubur

Gotong-royong bersih sekitar kubur

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 16 Mei – Sempena menjelangnya Bulan Ramadan, Majlis Perundingan Kampung Danau termasuk ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Danau dan Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Danau, kelmarin, telah mengadakan Kempen Kebersihan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Danau, Tutong.

Kira-kira 70 orang penduduk yang tinggal di sekitar Kampung Danau dan 30 anggota pasukan Polis Daerah Tutong menyertai acara tersebut.

Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Superintenden Haji Chipli bin Haji Mohamad dan Pemangku Ketua Kampung Danau, Haji Abdullah bin Haji Tahir.

Selepas kempen, acara diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah bagi penduduk-penduduk Kampung Danau yang sudah pun kembali ke rahmatullah yang diketuai oleh Imam Masjid Kampung Danau, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

Antara yang menyertai Kempen Kebersihan di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Danau, Tutong kelmarin.
Antara yang menyertai Kempen Kebersihan di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Danau, Tutong kelmarin.

Adapun tujuan kempen ini adalah untuk menjadikan kawasan dan persekitaran kampung bersih, hidup sihat dalam kalangan penduduk kampung serta sebagai usaha memupuk hidup harmoni dan mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan masyarakat Kampung Danau secara amnya.

Melalui kempen ini, ia diharap akan dapat melahirkan generasi yang mengamalkan sikap bersih sambil mengharapkan penyertaan lebih positif daripada penduduk kampung dalam apa jua yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

ARTIKEL YANG SAMA