Gotong-royong bersihkan jalan

Gotong-royong bersihkan jalan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

TUTONG, 24 April – Sebagai usaha untuk memberikan keselesaan, di samping meningkatkan keselamatan terutamanya bagi pengguna jalan raya pada waktu malam, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Danau telah mengadakan kerja amal bergotong-royong membersihkan bahu jalan berdekatan dengan Dewan Kemasyarakatan kampung berkenaan, pagi tadi.

Aktiviti bergotong-royong yang disertai seramai 15 orang ahli MPK Danau itu antara lain juga bertujuan untuk mengekalkan kebersihan di kawasan tersebut, selain mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim antara ahli-ahli MPK.

Gambar ramai sebelum memulakan gotong-royong.
Gambar ramai sebelum memulakan gotong-royong.

ARTIKEL YANG SAMA