Gotong-royong bersihkan kubur

Gotong-royong bersihkan kubur

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Seramai 300 penduduk Kampung Belimbing baru-baru ini bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Belimbing anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Belimbing.

Hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Mohd Daud bin Karim, yang juga selaku Ketua Kampung Belimbing.

Sejurus kerja-kerja membersihkan tanah perkuburan dijalankan, tahlil dan doa arwah turut dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampung Belimbing, Haji Abdullah bin Lakim.

Ia merupakan salah satu projek tahunan MPK Belimbing sempena bulan Ramadan penuh keberkatan ini.

Semasa majlis Tahlil dan Doa Arwah diadakan.
Semasa majlis Tahlil dan Doa Arwah diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA