Gotong-royong simbolik ‘komitmen NLD’

Gotong-royong simbolik ‘komitmen NLD’

KAWHMU, Myanmar, 13 Dis (AFP) – Aung San Suu Kyi hari ini mengetuai aktiviti gotong-royong di sekitar jalan Myanmar untuk membersihkan sampah sarap yang terdapat di merata-rata kawasan tersebut, kemunculan di khalayak ramai yang jarang berlaku sejak kejayaannya dalam pilihan raya, dalam langkah bertujuan mendedahkan komitmen partinya ke atas perkhidmatan awam.

Suu Kyi sebelum ini memberitahu anggota parlimen dari partinya, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), yang meraih hamper 80 peratus kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya 8 November lepas, mereka bersemangat dan bertanggungjawab memastikan usaha mengekalkan kebersihan kawasan parlimen masing-masing.

Sampah sarap adalah masalah besar di Myanmar, yang berdepan kekurangan aktiviti pengutipan sampah dan penyediaan kawasan pembuangan sampah yang sempurna. Suu Kyii menarik perhatian ke atas isu tersebut sebagai salah satu cara “simbolik” menunjukkan kesediaan anggota parlimen NLD berkhidmat untuk rakyat.

Pemimpin NLD, Aung San Suu Kyi tatkala mengetuai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan parlimennya di Kawhmu, Myanmar pada 13 Disember 2015. – Agensi
Pemimpin NLD, Aung San Suu Kyi tatkala mengetuai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan parlimennya di Kawhmu, Myanmar pada 13 Disember 2015. – Agensi

Pemimpin berusia 70 tahun itu menerajui sekumpulan anggota partinya serta anggota sukarelawan lain bergotong royong di kawasan parlimennya di perbandaran Kawhmu di pinggir Yangon.

Sambil membawa beg sampah besar berwarna putih dan memakai sarung tangan, Suu Kyi menyelongkar sampah sarap berupa beg plastik buruk serta pelbagai bahan buangan lain.

Beliau tidak bercakap kepada para wartawan, kecuali meminta mereka berhenti mengambil gambar sebaliknya turut sama bergotong-royong.

Mengutip sampah adalah “perkara pertama kami boleh lakukan sebagai khidmat kami untuk rakyat,” Thet Thet Khine, seorang anggota parlimen yang baru dipilih dari Yangon memberitahu AFP.

“Ini adalah amat asas dan satu pengajaran penting kepada semua anggota parlimen.”