Gotze kekal bersama Bayern

Gotze kekal bersama Bayern

BERLIN, 24 Mei (dpa) – Penyerang midfield Jerman, Mario Gotze tidak mempunyai hasrat untuk meninggalkan Bayern Munich dan telah menolak laporan bahawa jurulatih baru Carlo Ancelotti tidak memberikan jaminan kepadanya untuk bermain lebih lama pada pasukan juara Bundesliga itu.

Goetze, 23, disebut secara meluas untuk meninggalkan Munich dalam musim panas, dan akhbar Sueddeutsche Zeitung melaporkan dua minggu lepas dia diberitahu oleh Ancelotti bahawa situasinya berkemungkinan tidak akan meningkat selepas meluangkan lebih banyak masa di bangku padang berbanding di atas padang di bawah kendalian Pep Guardiola.

Namun Gotze memberitahu pada edisi Selasa akhbar Bild bahawa dia akan kekal di Bayern dalam musim terakhir empat tahun kontraknya sejak berpindah dari Borussia Dortmund dalam tahun 2013, dan Ancelotti akan memberikannya peluang yang adil seperti pemain lain.

“Saya tidak sabar dengan musim baru di Munich dan akan melakukan segala-galanya untuk menunjukkan kecergasan penuh pertama saya di bawah kendalian Carlo Ancelotti,” kata Gotze.

“Saya sebelum ini berbincang baik dengan Ancelotti, bercanggahan dengan laporan-laporan sebelumnya. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya.”

Gambar fail, Mario Gotze ketika menjaringkan gol kemenangan buat Jerman pada Piala Dunia 2014. - AFP
Gambar fail, Mario Gotze ketika menjaringkan gol kemenangan buat Jerman pada Piala Dunia 2014. – AFP

Latihan pra-musim Munich akan bermula pada 11 Julai, namun Gotze dan pemain-pemain lain yang mengambil bahagian di Euro 2016 akan menyertai pada peringkat kemudian.

Gotze juga menukar pengurusannya, dengan bapanya, Juergen Gotze, mengambil alih daripada agensi SportsTotal.

Walaupun tidak menunjukkan aksi yang diharapkan di Munich, Gotze menjaringkan gol kemenangan buat Jerman pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014 dan berharap kejayaan serupa pada kejohanan Euro di Perancis di mana Jerman akan memulakan kem latihan lewat hari ini.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew menganggap Gotze sebagai pemain utama, dan bermain lebih banyak masa di Perancis boleh meningkatkan keyakinannya menjelang kembalinya di Munich, atau meningkatkan nilainya jika dikaitkan dengan isu pemindahan.

“Buat masa sekarang saya hanya akan menumpukan dalam Kejohanan Eropah. Saya tidak akan mengulas mengenai isu-isu lain sehingga selepas Euro. Kami masih kurang gelaran Euro dan itu perlu berubah,” ujar Gotze.