GP Sarikei Powerboat tawar hadiah RM50,000

GP Sarikei Powerboat tawar hadiah RM50,000

SARIKEI, 31 Julai – Hadiah berjumlah RM50,000 ditawarkan kepada pemenang Grand Prix (GP) Sarikei Powerboat 2016 yang akan diadakan di Sungai Rejang pada 4 dan 5 Nov ini.

Pegawai Daerah Sarikei Khalid Andong berkata pelbagai kategori dipertandingkan untuk bot dengan enjin tiga hingga 200 kuasa kuda serta bot menggunakan enjin pam air dan jetski.

“Tahun lepas kita menerima beberapa penyertaan dari Brunei selain sambutan menggalakkan daripada peserta dalam negeri. Kali ini kami yakin pènyertaan akan bertambah,” katanya kepada Bernama.

Khalid berkata penganjuran acara itu secara langsung membantu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke Sarikei.

Menurutnya mereka yang berminat boleh menghubungi Pejabat Daerah Sarikei di talian 084-651299 dan 656725 untuk keterangan lanjut. – Bernama