Grace pendahulu saingan WGC-HSBC

Grace pendahulu saingan WGC-HSBC

SHANGHAI, 6 Nov (Reuters) – Branden Grace dari Afrika Selatan mencatatkan sembilan bawah 63 untuk mendahului pada pusingan pertama persaingan WGC-HSBC Champions semalam sementara itu Rory Mcllroy mengatasi keracunan makanan yang dialaminya untuk menamatkan dengan ketinggalan lima strok.

Pemain nombor tiga dunia, Mcllroy terjejas selama dua hari dan terlepas pusingan-pusingan latihan di Sheshan Golf Club di Shanghai. Ketika dia tidak melihat kembali kepada kesihatannya dia masih mencatatkan 68 untuk menduduki tangga ke-16.

Ia adalah pukulan yang disaingi oleh pemain nombor dua dunia, Jordan Spieth, juara bertahan, Bubba Watson dan pemenang Afrika Selatan, Charl Schwartzel dan Louis Oosthuizen dalam pusingan pembukaan yang ditangguhkan selama 30 minit kerana kabus tebal.

Apabila kabus berkurangan, ia adalah Grace yang menyaksikan lubang lebih jelas, pemain berusia 27 tahun itu mencatatkan birdie putt pendek, lubang kesembilan, untuk keluar dari persaingan empat serangkai di kedudukan teratas.

Grace mendapatkan kelebihan keadaan lembut berikutan hujan lebat malam Rabu lalu untuk mencatatkan beberapa mata dalam pusingannya bebas dari bogey pada pertandingan yang menawarkan $8.5 juta, yang di menangi Watson dengan purata 11 bawah pada tahun lepas.

Branden Grace ketika membuat pukul pada pusingan kedua Kejohanan WGC-HSBC di Shanghai pada 6 November 2015. – AFP
Branden Grace ketika membuat pukul pada pusingan kedua Kejohanan WGC-HSBC di Shanghai pada 6 November 2015. – AFP

“Pukulan bola adalah yang terbaik pada masa yang panjang jadi ia adalah kunci utama hari ini,” Grace memberitahu wartawan.

“Terdapat sedikit angin di luar sana dan padang golf dikuasai lebih mudah ketika persaingan diteruskan.”

Kevin Kisner dari AS, Steven Bowditch dari Australia dan Thorbjorn Olesen dari Denmark mencatatkan 64 untuk berada di belakang pemain dunia nombor 22.

Dustin Johnson dari AS, memburu gelaran WGC keduanya tahun ini selepas kemenangan Cadillac Championship pada Mac lalu, menghasilkan satu lagi persembahan menarik bagi pukulan panjang ketika dia mencatatkan 65.

Juara 2013 adalah hanya beberapa inci dari menghasilkan hole-in-one pada jarak 197 ela lubang keempat.

Tujuh bawah adalah cukup bagus bagi berkongsi di tempat kelima bersama Patrick Redd dan Danny Willett dari England yang menjadi naib juara dalam Jelajah Eropah, Race to Dubai di belakang Mcllroy dengan berbaki dua pertandingan selepas minggu ini.

ARTIKEL YANG SAMA