Graduan Pra SR Rimba I terima sijil

Graduan Pra SR Rimba I terima sijil

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Nov – Sebelum cuti persekolahan hujung tahun bermula, Sekolah Rendah (SR) Rimba I, Kluster 4, tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Meraikan Murid Pra Sekolah dan Penyampaian Hadiah Murid-murid Terbaik serta Cemerlang Keseluruhan Tahun 1 hingga 5, 2016 yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Pada majlis itu, penyampaian hadiah dan sijil kepada graduan-graduan pra sekolah telah disempurnakan oleh Guru Besar SR Rimba I, Dayang Aji binti Haji Ahmad.

Manakala itu, penyampaian kepada 10 orang murid cemerlang Pra hingga Tahun 5, murid-murid progresif dan terbaik keseluruhan pula telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Hajah Masni binti Haji Abdul Bakar.

Majlis dimeriahkan dengan beberapa acara pentas termasuk persembahan nyanyian oleh murid-murid pra sekolah bertajuk ‘I’m A Little Graduate’ dan tarian kipas oleh murid-murid Tahun 5.

Persembahan nyanyian oleh murid-murid Pra memeriahkan lagi majlis berkenaan.
Persembahan nyanyian oleh murid-murid Pra memeriahkan lagi majlis berkenaan.