Grand Motors bawakan Maserati

Grand Motors bawakan Maserati

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Kereta keluaran Itali, Maserati sememangnya kereta mewah yang terkenal di dunia, hanya boleh diimport dari luar negara secara individu sahaja di negara ini sebelum ini.

Namun Grand Motors Sdn Bhd membawakan kereta mewah itu kepada peminatnya di sini dengan menjadi pengedar tunggal negara ini. Ia mendatangkan model-model popular dan diminat ramai seperti Maserati ‘Quattroporte’ dengan kelengkapan enjin Twin Turbo V6, sebuah kereta mewah dan berprestasi tinggi.

Turut diedarkan ialah Maserati ‘Gran Turismo’ yang mendapat banyak permintaan di seluruh dunia, dilengkapi dengan enjin V8, memuaskan hati peminat tegarnya.

Peminat kereta mewah dan berkelajuan serta berprestasi tinggi itu kini boleh menyaksikan model-model berkenaan di Bilik Pameran Grand Motors Sdn Bhd di Perindustrian Beribi.

Model-model kereta Maserati yang dipamerkan.
Model-model kereta Maserati yang dipamerkan.
Maserati ‘Gran Turismo’ yang dilengkapi dengan enjin V8.
Maserati ‘Gran Turismo’ yang dilengkapi dengan enjin V8.
Ruang kokpit Maserati yang sungguh mewah dan canggih.
Ruang kokpit Maserati yang sungguh mewah dan canggih.
Bahagian belakang kereta Maserati.
Bahagian belakang kereta Maserati.

ARTIKEL YANG SAMA