Grand Motors tampilkan pelbagai model kereta

Grand Motors tampilkan pelbagai model kereta

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Bersempena dengan Sambutan Karnival Hari Keluarga 2015 di Negara Brunei Darussalam hari ini, Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad turut mengadakan jerayawara di Kawasan Lapang Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

Dalam jerayawara itu, pelbagai model telah dipamerkan termasuk jenama Optima, Rio, Cerato dari KIA, CX-5, Mazda 2 dan Mazda 6 dari Mazda dan juga DS3, DS5 dan C4 Grand Picasso dari Citroen menjadi tarikan umum.

Pengunjung ke jerayawara itu juga berpeluang mendapatkan keterangan lanjut mengenai model-model kereta yang mereka inginkan.

Warga Grand Motors bersama pelbagai model telah dipamerkan termasuk jenama KIA, Mazda dan Citroen pada Sambutan Karnival Hari Keluarga 2015.
Warga Grand Motors bersama pelbagai model telah dipamerkan termasuk jenama KIA, Mazda dan Citroen pada Sambutan Karnival Hari Keluarga 2015.

pg13_150504_c

ARTIKEL YANG SAMA