Gray gelar peminat Burnley ‘zaman batu’

Gray gelar peminat Burnley ‘zaman batu’

LONDON, 25 Julai – Pemain penyerang Burnley, Andre Gray menyelar dua dari kelab peminatnya sebagai hidup dalam zaman batu selepas insiden yang didakwa melakukan rasis ketika kemenangan dalam perlawanan persahabatan kelab Liga Perdana di Bradford.

Salah seorang penyokong Burnley diejek dari pertemuan Sabtu lalu di Valley Parade dan Clarets semalam mengesahkan pemain Bradfrod melaporkan individu itu kepada pegawai perlawanan, yang mendakwa dia secara berulang diejek secara rasis.

Penyokong terbabit menafikan dakwaan tersebut tetapi saksi lain menyokong aduan pemain terbabit.

Gray, yang menjaringkan dua kali dalam kemenangan Burnley 4-1, berang dengan insiden itu dan meletakkannya dalam Twitter untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

“Syabas kepada dua rasis dari peminat Brunley. Masih lagi hidup dalam zaman batu. Jahil,’ tulisnya.

‘Ia ok, anda hanya memiliki pemain berkulit hitam untuk anda,” tambahnya dengan sindiran.

Seorang lagi pemain keluar secara sukarela dan tiada tangkapan dibuat tetapi, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Burnley memohon maaf bagi insiden itu.

“Kami mahu memohon maaf kepada pemain yang terlibat dan kepada Kelab Bola Sepak Bradford City,’ jelasnya.

‘Kami akan bekerjasama dengan polis dan Kelab Bola Sepak Bradford City, yang mempunyai rakaman CCTV mengenai insiden itu, untuk mengadakan penyiasatan penuh dan identiti orang yang terlibat, apabila tindakan akan diambil.’ – AFP

ARTIKEL YANG SAMA