Great Eastern Life perkenal promosi terbaru

Great Eastern Life perkenal promosi terbaru

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Great Eastern Life cawangan Brunei, hari ini, mengadakan Pejabat Terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi para pelanggan tetapnya di kalangan pemegang polisi, rakan perniagaan, dan para jemputan khas, di pejabatnya, di Kiulap.

Sempena dengan Majlis Aidilfitri ini juga, Great Eastern Life Brunei telah memperkenalkan promosi terbarunya sempena Sambutan Jubli Emas Singapura iaitu ‘pelan premium tunggal lima tahun SG50’ kepada para pelanggannya dengan jaminan bayaran sebanyak dua peratus setiap tahun.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk promosi terbaru ini bolehlah mengunjungi Great Eastern Life Brunei yang terletak di Kiulap.

Ketua cawangan Great Eastern Life, Caroline Sim bersama para tetamu yang lain hadir di majlis Pejabat Terbuka itu.
Ketua cawangan Great Eastern Life, Caroline Sim bersama para tetamu yang lain hadir di majlis Pejabat Terbuka itu.

ARTIKEL YANG SAMA