Great Eastern rai Majlis Makan Malam

Great Eastern rai Majlis Makan Malam

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 April – Bagi menghargai kerja keras kakitangannya dan pencapaian syarikat, Great Eastern Life Brunei (GELB) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan di Miri Marriott Resort and Spa, di Miri baru-baru ini.

Dengan membawa tema ‘A Night in Africa’, para pekerja dan wakil pengedaran tampil dengan pakaian ala-ala safari yang turut dihadiri oleh Ketua GELB, Dayang Caroline Sim dan wakil Great Eastern Life (GEL) Singapura, Ben Tan.

Dayang Caroline Sim mengatakan, “Kami mengambil peluang pada kesempatan ini untuk memuji dan mengiktiraf pekerja dan melaksanakan wakil pengedaran bahagian atas dedikasi dan kerja keras mereka untuk berusaha lebih demi pelanggan kami.”

Penerima Anugerah Perkhidmatan Paling Lama bergambar ramai bersama Ben Tan (kiri) dan Dayang Caroline Sim (kanan).
Penerima Anugerah Perkhidmatan Paling Lama bergambar ramai bersama Ben Tan (kiri) dan Dayang Caroline Sim (kanan).

Sementara itu, Ketua Pegawai Pengagihan, Ben Tan, mengucapkan terima kasih kepada semua atas kerja keras mereka dan untuk menyumbang kepada prestasi kukuh GELB ini.

Kemuncak utama pada malam tersebut adalah pengiktirafan kakitangan perkhidmatan lama dan wakil-wakil, termasuk prestasi terbaik dalam jualan tahun lepas.

Bagi anugerah kakitangan paling lama berkhidmat telah diberikan kepada Jocelyn Wong (15 tahun), Lee Choon Yan (25 tahun) manakala Frankie Chua dan David Liaw masing-masing menerima anugerah perkhidmatan 30 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA