Great Eastern Takaful lancar Pelan ‘i-Great Ameen’

Great Eastern Takaful lancar Pelan ‘i-Great Ameen’

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) – Great Eastern Takaful Bhd (GETB) melancarkan ‘i-Great Ameen’ iaitu produk terbaharu Pelan Takaful Keluarga dengan tempoh promosinya sehingga akhir tahun ini.

Produk yang disasarkan kepada kalangan berusia 50 sehingga 75 tahun, bertujuan memenuhi keperluan golongan warga emas yang mempunyai sedikit simpanan, kata GETB dalam satu kenyataan.

“Tempoh promosi sehingga akhir tahun ini juga menandakan permulaan kempen ulang tahun kelima kami.

“Pelanggan digalakkan meraih peluang ini untuk menghadiahkan pelan berkenaan kepada orang tersayang,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zafri Ab Halim.

pg18_151006_c

Menurutnya, pendaftaran pelan itu juga mudah kerana tidak memerlukan jaminan pemeriksaan perubatan mana-kala bayarannya pula serendah RM50 bagi seunit sehingga maksimum lapan unit.

“Terma liputan itu produk ini pula mencecah sehingga 85 tahun,” katanya.

Zafri berkata pelan itu merangkumi manfaat kemalangan manakala bagi pelanggan Islam turut ditawarkan perkhidmatan Badal Haji.

Maklumat lanjut pelan itu boleh diperolehi menerusi ejen Great Eastern Takaful atau hubungi 03-4259 8328.

ARTIKEL YANG SAMA