Greece bersedia hantar pulang pendatang

Greece bersedia hantar pulang pendatang

ATHENS, 3 Apr (AFP) – Pihak berkuasa Greece sedang bersiap sedia untuk menghantar pulang beratus pencari perlindungan ke Turki, yang bergegas untuk menubuhkan pusat sambutan di bawah satu perjanjian EU yang kontroversi.

Kira-kira 750 pendatang dijangka dihantar pulang di antara Isnin dan Rabu, kata agensi berita Greece ANA, kumpulan pertama deportasi di bawah perjanjian yang dicapai pada bulan lalu.

Semua pendatang tetap kini menghadapi kemungkinan dihantar pulang dari pulau Greece ke Turki, tatkala Eropah bergelut dengan krisis pendatang paling teruk mereka sejak Perang Dunia Kedua. Greece telah bergelut untuk menubuhkan infrastruktur di bawah perjanjiannya, yang telah menerima keraguan daripada anggota EU seperti Austria, sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata ia adalah tidak sah.

Kem pendatang Moria yang menjadi pusat tahanan polis yang dikendalikan di Mytilene, di Pulau Lesbos kelmarin. – AFP
Kem pendatang Moria yang menjadi pusat tahanan polis yang dikendalikan di Mytilene, di Pulau Lesbos kelmarin. – AFP

“Ia dalam proses perancangan,” beritahu Yiorgos Kyritsis, jurucakap unit penyelarasan pelarian Greece, kepada AFP. ANA berkata pendatang akan dihantar pulang dari pulau Lesbos ke pelabuhan Turki Dikili, menambah agensi sempadan EU Frontex telah menyewa dua buah kapal persiaran Turki untuk operasi berkenaan.

Terdapat seorang ejen Frontex untuk setiap pendatang, kata ANA. Kyritsis enggan memberi komen mengenai laporan tersebut. Di sebelah Laut Aegean, kerja-kerja sedang bermula di sebuah pusat untuk menganjur mereka yang dihantar pulang ke tempat peranginan pelancong Turki Cesme, kata datuk bandar Muhittin Dalgic.

ARTIKEL YANG SAMA