Greece boleh dapatkan khidmat perundangan

Greece boleh dapatkan khidmat perundangan

ATHENS, Greece, 30 Jun (AFP) – Greece boleh mendapatkan tindakan perundangan bagi menghalang negara itu dari dipaksa keluar dari eurozone jika ia gagal untuk menyelesaikan hutangnya, The Daily Telegraph melaporkan semalam.

“Kerajaan Greece akan memastikan kesemua hak perundangan kami,” akhbar British yang memetik kenyataan Menteri Kewangan Greece, Yanis Varoufakis.

“Kami mendapatkan nasihat dan pasti mempertimbangkan injunksi pada Mahkamah Keadilan Eropah. Perjanjian EU tidak memperuntukkan bagi (a) keluar dari euro dan kami enggan untuk menerimanya. Keahlian kami tidak dirundingkan.”

Tiada negara yang dikeluarkan dari mata wang yang sama, tetapi prospek Greece tersisih dari euro telah meningkat selepas krisis hutang yang berpanjangan yang meletakkan perubahan dramatik pada hujung minggu.

Perbincangan di antara Greece dan pemiutang antarabangsanya terlerai selepas Athens menolak permintaan bagi langkah berjimat cermat dalam pulangan bagi wang tunai dan mengumumkannya ia akan mengadakan referendum mengenai persetujuan itu pada Ahad.

Pemimpin Eropah menggesa pengundi Greece untuk menyokong syarat-syarat yang dipertikaikan, dengan memberi amaran bahawa menolak cadangan itu adalah mengundi menentang untuk kekal dalam eurozone.

Perdana menteri Greece, Alexis Tsipras telah membuka pintunya bagi perbincangan lebih lanjut, sementara itu menjelaskan bahawa Greece tidak akan berjaya membayar 1.5 bilion kepada Tabung Kewangan Antarabangsa hari ini, apabila program pinjaman antarabangsanya mansuh.