Greece dapatkan pinjaman 24 bilion euro

Greece dapatkan pinjaman 24 bilion euro

ATHENS, 2 Ogos (Reuters) – Greece mungkin mendapatkan 24 bilion euro dalam pinjaman pertama bantuan jaminan keluar daripada pemberi pinjaman antarabangsa pada Ogos untuk merangsang banknya dan membayar balik hutang di Bank Pusat Eropah (ECB), menurut akhbar pro-kerajaan Greece dalam edisi awal hari ini.

Athens kini sedang berunding dengan Suruhanjaya Eropah dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mendapatkan 86 bilion euro dalam bantuan jaminan keluar. Ia akan menjadi jaminan keluar ketiga sejak 2010.

Akhbar Avgi, yang rapat dengan kerajaan Syriza, berkata pihak berkuasa Greece dijangka mengakhiri rundingan dengan pemberi pinjaman pada pertengahan Ogos.

Pinjaman pertama berjumlah 24.36 bilion akan digunakan untuk menyalurkan 10 bilion euro sebagai pemodalan semula kepada bank Greece, 7.16 bilion euro untuk membayar balik pinjaman penyambung kecemasan, 3.2 bilion euro untuk bon Greece yang dipegang oleh Bank Pusat Eropah dan bayaran lain, kataAvgi.

Dianggarkan bank Greece mungkin memerlukan 25 bilion euro untuk dimodalkan semula, kekurangan yang diburukkan lagi oleh aliran keluar simpanan apabila kebuntuan dengan pemimpin menggugat kedudukan Athens di zon euro.

Aliran wang yang meninggalkan negara mendorong pihak berkuasa mengenakan kawalan modal pada 29 Jun untuk mengelak satu krisis kewangan.

Sebagai tukaran kepada pembiayaan, Greece telah menerima pembaharuan termasuk membuat penyelarasan besar dalam pencen, menambah cukai nilai tambahan, membaik pulih sistem tawar-menawar kolektif dan langkah-langkah untuk membebaskan ekonominya dan mengehadkan perbelanjaan awam.

Jika rundingan tidak berakhir tepat pada masanya, pihak berkuasa Eropah mungkin perlu menyediakan pembiayaan sementara seperti yang mereka lakukan dengan pinjaman penyambung Julai, walaupun Avgi berkata ia belum dibincangkan bersama pemberi pinjaman.

ARTIKEL YANG SAMA