Greece harungi kebakaran di Athens, Peloponnese

Greece harungi kebakaran di Athens, Peloponnese

ATHENS, 17 Julai – Greece merayu bagi bantuan hari ini untuk menangani kebakaran ganas di pinggir Athens dan di selatan rantau Peloponnese yang memaksa pemindahan beberapa buah kampung.

Perdana Menteri Alexis Tsipras mengatakan dia telah meminta bantuan dari Eropah untuk menangani kebakaran dan mengumumkan unit pasukan udara dan tentera agar dikerahkan untuk membantu mengawal kebakaran.

“Semua pasukan pemadam api, serta tentera dan pasukan udara untuk sentiasa berwaspada,” Tsipras memberitahu para wartawan.

Kebakaran berlaku di Athens meletus di hutan rimba Gunung Hymettus, berhampiran daerah Kareas, dan kemudian merebak ke pinggir kawasan kediaman.

Imej televisyen menunjukkan penduduk turut bekerja sama cuba memadam kebakaran menggunakan peralatan seperti hos dan baldi air. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA