Greece ke pasaran bon pada 2017

Greece ke pasaran bon pada 2017

ATHENS, 15 Mei (AFP) – Perdana Menteri Alexis Tsipras berkata semalam Greece akan kembali kepada pasaran bon pada 2017, tujuh tahun selepas kehilangan kemasukan dalam pasaran disebabkan krisis hutang.

“Kami akan kembali ke pasaran pada tahun 2017,” kata Tsipras dalam satu temu bual dengan akhbar mingguan Realnews.

Sementara negara zon euro terus mengumpul wang menerusi bon jangka pendek, berisiko rendah, Greece masih belum memasuki pasaran bon jangka sederhana dan jangka panjang sejak 2010, apabila Athens berusaha mendapatkan jaminan keluar pertama berjumlah tiga bilion euro daripada EU dan Tabung Mata Wang Antarabangsa.

Sejak itu, Greece hanya mencatat dua kepulangan singkat dalam pasaran jangka sederhana pada 2014, ketika tempoh pertumbuhan yang sedikit.

Pada tahun lalu, Athens bersetuju dengan pinjaman jaminan keluar EU-IMF ketiganya dan sedang menunggu lampu hijau daripada satu mesyuarat menteri-menteri kewangan zon euro pada 24 Mei, untuk tranche wang terbaru untuk diserahkan.

Perdana Menteri Greece ketika menyuarakan perkara tersebut. – AFP
Perdana Menteri Greece ketika menyuarakan perkara tersebut. – AFP

Jaminan keluar memerlukan kerajaan Greece mengenakan langkah-langkah berjimat cermat yang terbukti tidak popular.

Pada minggu lalu, polis rusuhan menembak gas pemedih mata untuk meleraikan pembantah yang melontar bom di Athens tatkala beribu-ribu orang membanjiri jalan raya dalam bantahan anti-berjimat cermat yang membantah kenaikan cukai dan pemotongan pencen yang dituntut oleh pemiutang, dan diluluskan oleh parlimen Greece.

Naib Canselor Jerman Sigmar Gabriel pada Isnin menggesa bantuan hutang disalurkan kepada Greece, berkata lebih banyak langkah berjimat cermat akan membunuh “tunas pemulihan ekonomi.”

Menghapus bebanan hutang akan memudahkan Greece memasuki pasaran “pada tahun depan,” kata Timbalan Perdana menteri Yannis Dragasakis dalam satu temu bual dengan akhbar ekonomi Naftemporiki.