Greece luluskan reformasi berisiko

Greece luluskan reformasi berisiko

ATHENS, 9 Mei (AFP) – Ahli parlimen Greece meluluskan satu pakej pemotongan pencen dan kenaikan cukai tatkala menteri-menteri kewangan zon euro bersedia untuk menghadiri mesyuarat tergempar hari ini untuk berbincang dengan panjang lebar satu pembaharuan baru untuk Athens menangkis satu lagi krisis zon euro.

Menteri-menteri dijangka menamatkan satu kajian pertama tentang jaminan keluar EU-IMF untuk Greece yang sudah lama terbuntu dan membincang langkah bantuan hutang baru pada mesyuarat di Brussels, yang menyusuli satu bantahan awam terhadap langkah yang baru diambil di negara itu.

Rundingan telah pun mengalami penangguhan berbulan-bulan lamanya dan Greece mahu menamatkannya secepat mungkin supaya ia boleh melancarkan jaminan keluar seterusnya berjumlah 86 bilion euro yang ketiga untuk negara yang dibebani hutang sejak 2010 sebelum bayaran Bank Pusat Eropah yang dijangka matang pada Julai.

Dalam agenda rasminya, menteri-menteri dari 19 buah negara yang menggunakan euro Kumpulan Euro berkata mereka akan membincang “perkembangan yang dicatat” oleh Greece dan pegawai pemiutang dalam beberapa hari ini mengenai pembaharuan, “dengan tujuan menyelesaikannya secepat mungkin.”

Ia menambah ia “juga akan membincang kemungkinan langkah penjelasan hutang yang bertujuan memastikan keperluan kewangan Greece dikekalkan pada tahap yang mampan, dengan tujuan mencapai satu perjanjian politik.”

Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipiras berucap di depan para ahli parlimen di Athens, Greece. – AP
Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipiras berucap di depan para ahli parlimen di Athens, Greece. – AP

Mesyuarat itu menyusuli bantahan selama beberapa hari di Greece, di mana berpuluh ribu orang membanjiri jalan raya untuk mengecam pembaharuan tidak popular yang diterima semalam.

Langkah tersebut diluluskan disebabkan majoriti kerajaan pimpinan Syriza dalam 300 kerusi parlimen, dengan 153 wakil rakyat Syriza dan gabungan Greece Bebas mengundi menyokong langkah tersebut.

Seperti dijangka, semua parti pembangkang mengundi menentang rang undang-undang itu, yang akan mengurangkan bayaran pencen tertinggi Greece, menggabung dana pencen, menambah sumbangan dan menambah cukai untuk mereka yang mempunyai pendapatan sederhana dan tinggi.

Dalam perdebatan parlimen, kesatuan yang marah mengadakan mogok umum yang melumpuhkan pengangkutan awam untuk hari ketiga berturut-turut semalam, sementara kira-kira 26,000 orang membanjiri jalan Athens dan bandar kedua Greece Thessaloniki dalam untuk membantah terhadap pencen dan pembaikpulih cukai.

ARTIKEL YANG SAMA