Greece mungkin digantung

Greece mungkin digantung

ATHENS, 7 April (AFP) – Timbalan Menteri Sukan, Stavros Kontonis semalam berkata persekutuan bola sepak Greece akan dipersalahkan jika pasukan-pasukan negara itu digantung daripada perlawanan antarabangsa sebagai amaran dari badan induk bola sepak dunia, FIFA.

“Hanya berbaki sembilan hari bagi persekutuan untuk terus berada dalam institusi antarabangsa. Saya mengharapkan persekutuan dengan segera memulakan proses pembersihan seperti yang ditentukan dalam mesyuarat sebelumnya.

“Jika tidak, mereka akan bertanggungjawab bagi apa yang ada di depan bagi bola sepak Greece di mana mereka membawanya pada kedudukan ini,” kata Kontonis dalam kenyataan.

Jawatankuasa Kecemasan FIFA pada Selasa lalu menghantar faks kepada Kontonis menggesanya untuk mempertimbangkan keputusannya untuk secara kekal mengganggu persaingan Piala Greece “jika tidak FIFA dan UEFA akan mempertimbangkan kes bagi mengenakan hukuman.”

Kontonis bulan lalu membatalkan baki perlawanan Piala Greece kerana bimbang berlakunya keganasan. FIFA dan UEFA memihak kepada perlawanan itu, yang mara ke peringkat separuh akhir, meneruskan dengan pengadil asing dan dalam stadium kosong.

“Penetapan kerajaan itu disuarakan oleh Perdana Menteri (Alexis Tsipras) sendiri bagi pembersihan dan ketelusan dalam bola sepak seperti yang dimahukan oleh masyarakat, peminat, pegawai dan media. Masalah pentadbiran, kesamaran dan korupsi dalam bola sepak Greece sekarang diketahui,” kata Kontonis.

Jawatankuasa Kecemasan FIFA menetapkan tarikh akhir 15 April bagi Piala Greece untuk meneruskan atau persekutuan Greece “akan menghadapi penggantungan secara automatik.”

ARTIKEL YANG SAMA