Greece pinta Macedonia buka sempadan

Greece pinta Macedonia buka sempadan

INDOMENI, Greece, 22 Feb (AFP) – Greece hari menyatakan bahawa ia mengambil langkah diplomatik untuk memujuk Macedonia untuk menerima pelarian Afghan apabila ribuan terkandas di sempadan dan pelabuhan utamanya.

“Kami telah memulakan langkah-langkah diplomatik… kami percaya masalah ini dapat diselesaikan,” menteri dalam negeri muda, Yiannis Mouzalas memberitahu televisyen parlimen, tanpa menerangkan lebih lanjut.

Sejumlah 5,000 pelarian dan penghijrah terkandas di sempadan dengan Macedonia selepas negara jiran itu kelmarin enggan membenarkan laluan kepada warga Afghan, menurut polis.

Sebanyak 3,000 orang lainnya dihalang di Athens selepas mendarat di pelabuhan Piraeus dari pulau-pulau Aegean, satu sumber kerajaan berkata, menambah bahawa pegawai-pegawai kini bertungkus-lumus untuk mencari tempat untuk mereka.

“Kami tidak menjangkakan satu penyelesaian (diplomatik) hari ini,” sumber kerajaan memberitahu AFP, menambah: “Kami akan menampung warga-warga Afghan sementara cuba untuk menghalang kesesakan di mana-mana pusat kemudahan yang tersedia.”

Pelarian Afghanistan yang kini masih terkandas di sempadan Macedonia di Indomeni. – AFP
Pelarian Afghanistan yang kini masih terkandas di sempadan Macedonia di Indomeni. – AFP

Perkembangan itu tiba selepas Austria pada Jumaat lepas memperkenalkan had harian pada pencari-pencari suaka memasuki dan mendaftar di negara itu, mencetuskan kebimbangan Kesatuan Eropah (EU) kesan domino di sepanjang laluan digelar penghijrah Balkan itu.

Sejak November, negara-negara di laluan Balkan hanya membenarkan warga Syria, Iraq dan Afghan untuk meneruskan perjalanan mereka ke utara menuju Jerman, Sweden dan negara-negara Eropah yang lain di mana mereka bercadang untuk mendaftar bagi suaka.

“Kami sedang membuat persiapan-persiapan supaya walaupun masalah itu tidak diselesaikan, jika terdapat pelanggaran keputusan-keputusan Eropah oleh Serbia dan Skopje, untuk berupaya menguruskan masalah yang akan dicipta di Greece,” ujar Mouzalas.