Green Brunei anjur Larian Remarkable Green ke-2

Green Brunei anjur Larian Remarkable Green ke-2

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jan – Green Brunei sekali lagi mempelopori acara interaktif untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dengan mengadakan acara Larian Remarkable Green ke-2 pada 13 Mac ini di Bio-Innovation Corridor (dulunya, Taman Agro Teknologi) di Rimba.

Larian tersebut secara empat orang sepasukan berusia antara 15 dan 35 tahun dan penyertaannya kini dibuka dengan pendaftaran secara online sehingga 15 Februari. Larian dibukakan kepada 30 pasukan dan bayaran pendaftaran ialah $20 setiap seorang.

Pasukan-pasukan yang berminat boleh mendaftar di http://rgr.green-brunei.com.

Larian pertama Remarkable Green pertama diadakan pada Disember 2014 dengan disertai oleh seratus orang belia yang berlumba bagi negara lebih hijau.

Menurut kenyataan penganjur, laluan berhalangan direka untuk mencabar para peserta untuk berfikir berbeza daripada orang lain berfikir.

Larian ini bertujuan untuk menyelesaikan pelbagai masalah berasaskan hijau dengan menggunakan pelbagai sumber dan strategi untuk membantu persekitaran, pergerakan mapan dan kehidupan sihat. Para belia terlibat dalam kegiatan menarik yang akan membantu mereka mengenal faedah menggunakan pelbagai model sumber yang dapat bertahan dengan teknologi hari ini.

Melalui acara tersebut Green Brunei berharap akan mengembangkan kerjasama antara para peserta dan juga menggalakkan penglibatan aktif dalam kehidupan mesra alam, lebih-lebih lagi para peserta boleh mendapat kemahiran berguna seperti

kualiti kepimpinan dan kesedaran tindak cergas yang kemudian boleh mereka integrasikan ke dalam kehidupan seharian mereka.

Bagi keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Awang Aziq Azman, pegawai Perhubungan Awam di talian 8991748 atau hantarkan e-mel bagi pertanyaan kepada AziqAzman@live.com

ARTIKEL YANG SAMA