Green ditahan terlibat dalam perbalahan – NBA

Green ditahan terlibat dalam perbalahan – NBA

LOS ANGELES, 12 Julai – Bintang Golden State Warriors, Draymond Green, yang dijangka akan mewakili Amerika Syarikat di Sukan Olimpik Rio, telah ditangkap berikutan dengan dakwaan pelanggaran undang-undang.

Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh ESPN, Green yang berusia 26 tahun itu ditahan pada awal pagi Ahad lalu berikutan perbalahan di restoran Grill Conrad di East Lansing, Michigan di mana Green bermain empat musim bola keranjang kolej.

Polis berkata, Green telah ditangkap berikutan terlibat dalam perbalahan dan perbuatan yang kurang baik. Green belum didakwa dan polis berkata tiada sesiapa yang tercedera.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin AS$200 dan dijadualkan akan kembali dibicarakan di mahkamah pada 20 Julai ini.

“Secara dasarnya ia adalah perbalahan antara dua lelaki,” Polis memberitahu penyiar sukan Amerika Syarikat semalam. Tiada kecederaan dilaporkan.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh menghadapi hukuman maksimum $500 denda dan 93 hari dalam penjara.

The Warriors berkata mereka cuba untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian itu.

“Kami sedar berita yang melibatkan Draymond Green di Michigan pada hujung minggu. Pada ketika ini, kita me-ngumpul maklumat dan akan membuat komen lebih lanjut sehingga kita mempunyai pemahaman yang lebih baik berkaitan dengan keadaan ini,” kata Warriors dalam satu kenyataan.

Green adalah antara sebahagian pemain yang dijangka akan membentuk pasukan Amerika Syarikat untuk Perlawanan Rio musim panas dan beliau dijadualkan menghadiri kem bola keranjang Olimpik lelaki di Las Vegas pada J18 hingga 21 Julai.

“Kami masih menunggu maklumat lanjut. Tiada komen pada masa ini,” kata Pengarah Urusan Bola Keranjang Amerika Syarikat, Jerry Colangelo kepada ESPN.

Secara purata beliau mengumpul 14.0 mata, 9.5 rebound dan 7.4 asis setiap permainan musim lalu dalam membantu Golden State sampai ke peringkat akhir Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan. – AFP