GREEN24 AirAsia raih anugerah di AREA

GREEN24 AirAsia raih anugerah di AREA

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) – Pergerakan #GREEN24 AirAsia yang bertujuan mewujudkan kesedaran perubahan iklim di rantau ini, telah memenangi Anugerah

Kepemimpinan Hijau pada Anugerah Keusahawanan Bertanggungjawab Asia (AREA) di Singapura semalam.

Pergerakan #GREEN24 adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat kumpulan yang dilancar November lepas sebagai usaha serantau bagi meningkatkan profil kesan perubahan iklim, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Antara usaha penting yang telah berjaya dijalankan kumpulan berkenaan ialah pelaksanaan perkhidmatan navigasi ketepatan, analisis data penerbangan dan perkhidmatan pengurusan bahan api yang diperkenalkan pada 2012.

(dari kiri)Pengurus PR AirAsia Berhad, Daphne Cheah; Ketua Komunikasi AirAsia Berhad; Aziz Laikar, Juri Anugerah Keusahawanan Bertanggungjawab Asia, Dr Niven Huang dan Presiden Enterprise Asia, Dato William Ng pada majlis Anugerah berprestij Keusahawanan Bertanggungjawab Asia (AREA) di Singapura semalam.

Pada 2015 sahaja, syarikat penerbangan itu telah mengurangkan pelepasan 22,602 tan karbon dioksida hasil daripada inisiatif terbabit.

Selain itu, AirAsia telah menjalankan sekurang-kurangnya 40 aktiviti #GREEN24 di rantau ini bagi menjimatkan tenaga, meningkatkan lagi kesedaran mengenai kesan perubahan iklim serta mendidik orang ramai mengenai kelestarian persekitaran.

ARTIKEL YANG SAMA