Greipel mula bimbang

Greipel mula bimbang

AMIENS, Perancis, 9 Julai (AFP) – Andre Greipel berkata dia merasa takut akan terjejas sebelum memecut menongkah angin 189.5km peringkat kelima Jelajah Perancis semalam.

Greipel mengatasi Mark Cavendish dan Alexander Kristoff sebelum menewaskan Peter Sagan, yang meluncur seperti peluru untuk memenangi peringkat kedua Jelajah tahun ini dan kelapan secara keseluruhannya.

Tetapi dia berkata ada ketikanya apabila dia merasakan mungkin terperangkap dan peluang akan hilang.

“Saya rasa ia pecutan menarik memandangkan tiada seorang pun pemecut yang benar-benar mendahului dalam 400 meter terakhir, jadi semua orang mempunyai masa untuk memecut dan mendapatkan kedudukan yang tepat,” kata penunggang dari Jerman itu, 32.

“Saya rasa pecutan itu sudah berakhir bagi saya tetapi saya mampu untuk mencari ruang keluar dan melancarkan pecutan saya. Saya rasa ia pecutan yang menarik.

Andre Greipel meraikan kejayaan sebaik sahaja melintasi garisan penamat peringkat kelima 189.5 km dari Arras ke Amiens di utara Perancis semalam. – AFP
Andre Greipel meraikan kejayaan sebaik sahaja melintasi garisan penamat peringkat kelima 189.5 km dari Arras ke Amiens di utara Perancis semalam. – AFP

”Saya hanya mencari jurang dan tahu bahagian kanan sudah tersekat dan saya hanya menumpukan ke bahagian kiri untuk keluar.”

Sagan menamatkan perlumbaan dengan pantas 10 meter sekitar garisan dan dia sudah berada di depan Greipel tetapi dia berkata dia baru memulakan pecutannya dari jauh.

Ini kali kedua dia selesai di tempat kedua di belakang Greipel dalam penyudah tahun ini, sementara dia juga selesai di tempat ketiga dalam peringkat Selasa lalu.

Tahun lepas dia mendpat sembilan penamat pada lima tangga teratas dalam Jelajah, termasuk empat kedudukan bagi tangga kedua tetapi dia belum memenangi peringkat itu sejak 2013.