Greipel tawan Giro ke-12

Greipel tawan Giro ke-12

BIBIONE, Itali, 20 Mei (AFP) – Pakar pecut Jerman, Andre Greipel memuji persembahan ‘sempurna’ pasukannya, Lotto yang menghadiahkan kemenangan peringkat pecutan ketiga di Giro d’Italia sejauh 182 kilometer (km) peringkat 12 yang bermula di Noale ke Bibione, semalam.

“Adalah sesuatu yang menakjubkan untuk mengikuti kayuhan rakan-rakan sepasukan saya hari ini,” kata Greipel.

Kemenangan itu adalah yang keenam buat jaguh pecut pasukan Lotto itu sepanjang kerjayanya di Giro dengan kejayaan diraih selepas menewaskan pakar pecut Australia, Caleb Ewan, di garisan penamat.

Begitupun, ketika dua peringkat pendakian menjerihkan bakal diharungi selepas ini, Greipel kemudian mengumumkan dia mahu menamatkan perlumbaan di Giro dan kembali ke Jerman sebagai persediaan bagi satu lagi sasaran.

“Musim saya penuh dengan sasaran dan sudah tentu saya tidak gembira untuk menarik diri daripada Giro ketika sedang memakai jersi Merah (mata),” kata Greipel.

Greipel meraikan kejayaan di podium selepas memenangi peringkat ke-7 Giro d’Italia, Jelajah Itali pada 13 Mei yang lalu. Greipel menawan kemenangan keenamnya sepanjang kerjayanya di Giro dengan kejayaan diraih selepas menewaskan pakar pecut Australia, Caleb Ewan, di garisan penamat. – AFP
Greipel meraikan kejayaan di podium selepas memenangi peringkat ke-7 Giro d’Italia, Jelajah Itali pada 13 Mei yang lalu. Greipel menawan kemenangan keenamnya sepanjang kerjayanya di Giro dengan kejayaan diraih selepas menewaskan pakar pecut Australia, Caleb Ewan, di garisan penamat. – AFP

“Namun pasukan dan saya sendiri sudah memutuskan untuk pulang dan meninggalkan Giro sebagai persediaan kepada sasaran selepas ini.”

Bob Jungels (Etixx) mengekalkan jersi pendahulu, Pink menuju peringkat ke-13, hari ini sejauh 170km yang bermula di Palmanova ke Cividale del Friuli.

Begitupun, pendakian sukar di Monte Zoncolan dan Monte Crostis yang disajikan dalam perlumbaan berkemungkinan menyaksikan kelebihan pelumba kelahiran Luxemburger itu digugat pelumba-pelumba pilihan seperti Alejandro Valverde (Movistar) atau juara 2013, Vincenzo Nibali (Astana).

Selain tiga yang diraihnya pada tahun ini, tiga lagi kemenangan diraih Greipel adalah pada 2008, 2010 dan 2015.

ARTIKEL YANG SAMA