Greste gesa pengampunan Sisi

Greste gesa pengampunan Sisi

KAHERAH, 30 Ogos (AFP) – Pemberita Al-Jazeera warga Australia Peter Greste hari ini menggesa Presiden Mesir supaya mengampunkannya dan dua rakan sekerjanya yang dijatuhi hukuman penjara dalam satu perintah yang mengejutkan yang mencetuskan kecaman antarabangsa dan yang disifatkannya sebagai ‘bermotifkan politik.’

Mahkamah Kaherah berkata Greste, bersama-sama Mohamed Fahmy, warga Kanada dan penerbit warga Mesir, Baber Mohamed telah menyiarkan berita ‘palsu’ yang telah menjejaskan Mesir dan menjatuhkan mereka hukuman penjara tiga tahun.

Kes itu menjadi satu keaiban bagi Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, yang berkata beliau ingin para pemberita itu diusir daripada dibicarakan.

Beliau mungkin mengampunkan mereka jika beliau memilih berbuat demikian.

“Dalam ketiadaan sebarang bukti salah laku, satu-satunya kesimpulan kami ialah keputusan ini bermotifkan politik,” Greste, yang dibicarakan dalam ketiadaannya selepas diusir awal tahun ini, memberitahu para pemberita di Sydney Sunday.

Jurnalis televisyen Al Jazeera, Mohamed Fahmy (tengah) bercakap kepada media bersama isterinya, Marwa Omara, kiri dan penguam mereka Amal Clooney (kanan), sebelum perbicaraan di mahkamah di Kaherah, Mesir. – Reuters
Jurnalis televisyen Al Jazeera, Mohamed Fahmy (tengah) bercakap kepada media bersama isterinya, Marwa Omara, kiri dan penguam mereka Amal Clooney (kanan), sebelum perbicaraan di mahkamah di Kaherah, Mesir. – Reuters

“Presiden Sisi kini mempunyai peluang untuk membatalkan ketidakadilan itu, untuk membetulkan ketidakadilan itu. Tumpuan dunia adalah pada Mesir.

“Kini terpulang kepada Presiden Sisi untuk melakukan apa yang beliau katakan akan beliau lakukan dari mula lagi dan itu ialah mengampunkan kami jika kami disabitkan bersalah.”

Ketiga-tiga wartawan itu dijatuhi hukuman penjara antara tujuh dan 10 tahun tahun lalu, tetapi mahkamah rayuan pada Januari mengizinkan mereka dibicarakan semula, dengan mengatakan keputusan disokong oleh bukti.

Mereka diberkas pada Disember 2012, beberapa bulan selepas pihak tentera menggulingkan presiden kumpulan pejuang Islam, Mohamed Morsi dan melancarkan tindakan yang mengakibatkan maut ke atas para penyokongnya.

Fahmy dan Mohamed berada di mahkamah Kaherah bagi keputusan mahkamah, dan peguam Fahmy, Amal Clooney memberitahu para pemberita dia akan menggesa pengampunan dari pihak presiden.

“Itu adalah contoh sebelum ini yang berbahaya di Mesir, yang mana wartawan boleh dipenjara hanya kerana melaporkan berita dan mahkamah boleh digunakan sebagai alat politik,” ujarnya.

Kanada menggesa bagi ‘pengembalian segera’ Fahmy, manakala Al-Jazeera di Qatar menyelar keputusan itu sebagai ‘serangan ke atas kebebasan media’.

ARTIKEL YANG SAMA